Tindak balas Kalium permanganat

Kimia organik

Sebatian larut kalium permanganat dapat menukarkan alkena kepada diol (glikol). Tindak balas ini sering digunakan sebagai ujian dalam menentukan kehadiran ikatan ganda dua atau tiga dalam suatu molekul. Meskipun begitu, bromin lebih sesuai digunakan dalam ujian ini kerana kalium permanganat boleh bertindak balas dengan pelbagai kumpulan lain disebabkan oleh sifat pengoksidaannya yang kuat.